Wednesday, May 21, 2008

PERMATA HATI

cuba teka ni gambar sapa???





variasi 3 orang permata hati hamba... sama tak??? then bandingkan ngan gambar atas sekali tu. gak2 ada iras tak..










Saturday, May 03, 2008

Eleko beach

Fadhlin.... ready to explore.. masa ni member baru jer dapat kaki.. ( baru leh berjalan...) memang mama tambat dia. Tak kuasa nak kejar dia...

Ain mmg aim nak main pasir dari rumah lagi.. sampai sana pasir tu ditujunya dulu....


naik kuda lak...


ralit anak bujang gue main pasir... pas pegang pasir lap kat muka.. adeh....


tu dia muka Amsyar comot abis... sama jer comot ngan nigerian boy....

Friday, May 02, 2008

Fadhlin Afzal....
























salam...
lamanya tak update. ni lah gambar2 anakku yang bungsu... bungsu ker??? so pasni kena edit sikit profile tu sbb anak dah tak dua lagi.. dh jadik 3... huhu




up date........

sekian lama.. tak update.. adeh.. komitmen lain yg byk lah tuan rumah ni... konon nk ada byk blog.. adeh....

si pasni ekna rajin2 updatelah nampak... ekeke

Thursday, March 01, 2007


Tuesday, February 13, 2007

Kenangan Reunion exASBJB 1992











Tuesday, December 05, 2006

Fall in Houston 2006






Wednesday, November 08, 2006

My Heart

Teringin nak tenguk movie ni... apapun, lagunye mmg touching...

Thursday, November 02, 2006

NURUL - AJAI tak "SERASI"


Akhirnya pasangan bahagia Nurul dan Ajai terpaksa akur yang mereka tidak ‘Serasi Bersama’.
Setelah tiga bulan hidup berasingan dan menjalani hidup secara solo, penyanyi Nurul telah membuat permohonan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 20 Oktober, beberapa hari sebelum Aidilfitri.
Menurut komposer terkenal Ajai yang cukup popular dengan lagu ‘Serasi Bersama’ bersama Nurul, inilah jalan terakhir untuk meredakan segala ketegangan.
"Inilah jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah peribadi yang membelenggu kami sekian lama. Ini semua kehendak Tuhan. Saya redha. Jalan perpisahan adalah yang terbaik setakat ini kerana setelah menjalani sesi kaunseling, ianya masih tidak dapat menyatukan hati kami kembali," ujar Ajai yang terpaksa mengalah dengan kehendak Nurul agar mereka berdua hidup berasingan buat sementara waktu.
"Saya terpaksa menurut sahaja kehendak Nurul yang inginkan kami berpisah secara aman. Kami sudah berunding tetapi dia tetap tidak mahu meneruskan perkahwinan ini," ujar Ajai.
Kedua pasangan yang disifatkan sebagai pasangan ideal itu telah menjalani hari lebaran berasingan. Nurul telah pulang ke kampungnya di Pulau Pinang sementara Ajai pula ke Johor Bahru.
Walaupun Ajai membawa anak mereka berjumpa Nurul di Pulau Pinang tetapi hubungan mereka bagai retak menanti belah kerana Nurul sudah pun failkan penceraian beberapa hari sebelum Aidilfitri. Permohonan penceraian akan disebut di mahkamah Syariah Petaling Jaya pada 8 November ini.
Akhirnya pasangan bahagia Nurul dan Ajai terpaksa akur yang mereka tidak lagi ‘Serasi Bersama’Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maaz, 31, telah mendirikan rumahtangga dengan Nurul pada 25 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazira, 8. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Mohd. Fairul Ihsan yang berusia 10 bulan.Lagu syahdu untuk NurulBukan sedikit emosi dan perlakuan romantik yang dizahirkan oleh Nurul-Ajai selama mereka bergelar suami isteri. Mungkin sebab itu ramai yang menggelarkan mereka pasangan bahagia dan pasangan contoh."Semua orang tahu saya sayang dia. Mana-mana saya pergi orang cakap kami bahagia. Takpe lah sudah suratan. Saya terpaksa menerima kehendak-Nya yang menulis jodoh kami setakat ini," ujar Ajai dengan nada yang sebak."Tak payah tanya samada saya masih sayang dia lagi. Diapun tahu itu. Kalau ada orang ketiga tentu saya sudah lepaskan Nurul tapi tidak. Biarlah kami berdua sahaja yang tahu apa sebenarnya yang bergolak dalam rumahtangga kami," ujar Ajai yang bersifat gentleman dan tidak pernah sekali mahu memburukkan Nurul.Peristiwa sedih hidup bersendirian bertemankan muzik dan anak-anak telah memberi satu inspirasi bagi Ajai. Komposer yang telah diamanatkan untuk mencipta beberapa lagu untuk filem terbaru Antah Holdings Sdn Bhd bertajuk ‘Kayangan’ itu sudah pun menyiapkan 10 buah lagu soundtrack untuk filem itu."Semua yang terjadi di antara kami telah memberikan saya ilham untuk berkarya. Ini periuk nasi saya. Saya kena tabah dan menghadapi hari depan dengan tenang demi anak-anak saya," kata Ajai lagi.Ajai juga turut mencipta dua buah lagu baru yang pasti akan meresap ke jiwa orang-orang yang senasib dengannya.Lagu ‘Sampai Di Sini’ lirik oleh Slen telah dirakamkan untuk album Misha Omar sementara ‘Memang Benar’ untuk penyanyi AF3 Marsha.Anak adalah segalanyaSetelah bertemu pakar kaunseling sebanyak dua kali, Nurul dan Ajai masih tidak dapat mencari jalan keluar kekusutan rumahtangga mereka."Tidak ada jalan penyelesaian setakat ini. Biarlah saya doakan yang terbaik untuk Nurul kerana dia adalah ibu kepada anak saya," ujar Ajai.Menurut Ajai, dia dan Nurul akan memelihara kedua-dua anak mereka secara bergilir-gilir."Setakat ini kami menjaga mereka selama seminggu secara bergilir-gilir. Kami berjanji akan tetap memberi perhatian kepada anak-anak," katanya lagi yang menetap di Mutiara Damansara.Nurul pula difahamkan menetap di sebuah kondominium berdekatan."Kami akan menjaga hati masing-masing selepas ini kerana saya akan tetap berkawan dengan dia. Kini tumpuan saya hanya untuk kerja dan anak-anak saya. Apa saja lain dari itu sudah tidak penting lagi," kata Ajai.

Aku: arhhh.... runtuh lagi sebuah masjid....


Friday, July 07, 2006

KIAN - MAWI



antara lagu mawi yg aku suka... menusuk kalbu gitu... hmm... cam ada kena mengena je lagu ni antara Mawi ngan Nordiana tu..

MAWI....




Mawi antara kerjaya dan kesedihan


PAGI Sabtu lalu, heboh cerita Mawi putus tunang. Kenyataan itu bukan datang daripada Mawi tetapi daripada tunangnya. Malam yang sama, lebih gamat lagi. Bapa Mawi, Pak Atan (Ani Ahmad) kembali kerahmatullah. Bertimpa-timpa berita sedih diterima Mawi.
“Tapi Mawi kuat semangat. Waktu dia turun dari pentas, pegawai Maestro, Baha terus bisikkan padanya berita sedih itu. Mawi nampak longlai sangat. Air matanya bertakung. Baha terus pegang Mawi dan bawa dia naik van.”
Begitu cerita kawan Kak Tim, Pengarah Urusan De’Media and Event Entertainment, Syed Yusof Wafa.
Kebetulan malam Sabtu itu Wafa mengurus persembahan Mawi dan beberapa artis lain di Teluk Danga, Johor Bahru sempena pelancaran Citrarasa Malaysia yang dianjurkan Kementerian Pelancongan Malaysia. Detik-detik Mawi melalui peristiwa sedih itu menjadi perhatian Wafa.
Kata Wafa, sehari sebelum persembahan itu Mawi sebenarnya sudah pun menyatakan hasratnya membatalkan kemunculannya di pentas itu.
Kata Baha, Mawi ingin berada di sisi bapanya yang ketika itu dalam keadaan tidak stabil di ICU, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Kita sudah pun bersetuju dengan permintaan Mawi itu. Tapi tiba-tiba petang itu, beberapa jam sebelum show bermula, Mawi muncul. Kata Mawi, pagi itu dia ke hospital dan doktor serta ahli keluarganya mengizinkannya ke Johor.
“Mawi memang komited dengan kerjanya. Sampai saja, dia terus buat sound check,” cerita Wafa.
Selepas sound chek, Wafa terus bawa Mawi ke bilik hotel.
“Mawi nampak letih sangat. Rupanya belum makan tengah hari. Tak sempat, katanya. Lepas melawat bapanya, kata Mawi, dia terus saja ke Johor Bahru. Baha beritahu saya, Mawi teringin makan asam pedas ikan sembilang. Saya keluar untuk mencarikannya gulai itu.
“Sampai semula di bilik, saya tengok Mawi baru selesai solat asar. Lepas makan, Mawi telefon kakak dia bertanyakan keadaan bapanya. Kemudian dia capai akhbar yang disediakan pihak hotel. Mawi baca berita putus tunang yang disiarkan pada hari itu. Tidak lama lepas itu, saya tengok Mawi selubung dirinya di bawah cadar katil di bilik hotel itu. Tak tahulah pula sama ada dia menangis atau mencari ketenangan.
“Di belakang pentas persembahan, sebelum show bermula, saya dengar banyak kali Mawi telefon kakak dia untuk mengetahui keadaan bapanya.
“Dan saat Mawi melangkah longlai untuk pulang ke kampung menanti ketibaan jenazah bapanya, saya dengar penyanyi Datin Orked Abdullah berkata: Tabahnya hati budak ni (Mawi). Dengan berita putus tunang, dengan cerita bapa meninggal,” cerita Wafa.
Bagi Kak Tim, itulah secebis kehidupan artis. Menghiburkan orang walaupun diri sendiri sebenarnya sedang lemas dihempas badai.
Bagi Kak Tim, itu baru permulaan dugaan yang dilalui Mawi dalam mengharungi kerjaya seninya. Akan banyak lagi ranjau dan duri menanti di depannya nanti. Mawi perlu tabah dan ketabahan itulah sebenarnya harga yang perlu dibayar oleh seorang artis untuk menggapai kejayaan.
KAK TIM: Takziah untuk Mawi sekeluarga dan Al-Fatihah untuk bapanya Ani Ahmad


sumber dari: Utusan Malaysia ( sabtu, 8-7-06)

Thursday, July 06, 2006

Biarlah Rahsia -Siti Nurhaliza



enjoy ngan lagu ni... best gak walaupun I'm not CT fan.

Wednesday, July 05, 2006

MUHAMMAD dalam kenangan

Malam yg hening 8.44 pm, hari Isnin tanggal 3 july 2006 bersamaan 7 jamadil akhir 1427 hijrah, lahirlah ke dunia bayi lelaki yg comel... Muhammad bin Hazrul Ikram. Sayangnya kelahiran anak saudaraku dalam keadaan kaku di mana Allah lebih menyayanginya... Bayi seberat 850gram itu tak dapat didengar tangisannya. apakan daya kita manusia utk menolak qada dan qadar Allah... Semoga adikku Ikram dan isteri Raha tabah mengharungi dugaan Allah. bayi Muhammad dah menunggu di pintu syurga sebagai syafaat kepada kedua ibu bapanya...

Mak kata Muhammad comel, putih, rambut lebat... iras2 Adik Yam ( panggilan manja Ikram)... Sedihnya la... Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat utk kedua ibu bapanya... Al-fatihah...

Monday, June 26, 2006

KELUARGA 249...

AbaNG ngan AMsyaR.... lawak tak...

AbaH aku yg Tersayang ( PAhrORajI)

Along, Aku, Mak yg tersayang ( ZaInUN)... n cucu mak ratu lalak... AiN

uDa aYAng- gambar sorang2 tak de la dik... sorry...

AizaT n iNTan

aLaNg iKRaM N cIk LaNg raHA

mAIsARa N aYAH DIA... aBG sYaM

AlOnG... hAsLizA


Achik FAIZAL

UCAPKANLAH.... cinta

ucapkanlah

antara lagu favourite aku... so sweet couple... tapi very sad ending...

Wednesday, June 21, 2006

HOUSTON, TX


Tak penah lak aku paste gambar2 pasal Houston. Ni la downtown Houston. tak la besar pusat bandarnya. kecik je... kebanyakan opis je kat sana. hari kerja mmg sibuk kawasan tu, tapi kalau weekend, punya la lengang. Ada org ramai pun kat area Downtown Aquarium. Pastu kat area herman park, jauh sket la dr downtown itself. kat situ pun tak de heppening shopping ker... luar sket dr downtown baru banyak tpt shopping... tapi kalau nak amik gambo kenang2an tu ok lah... tak macam downtown San Antonio dan New Orleans yg aku penah pegi.. heppening ngan mcm2 tourist attraction.. ada orang wat stand up comedy la, main music la... selain ada ride kete kuda bagai... tapi kat Houston, tak la best sgt...

Monday, June 19, 2006

Konsert AF4 Minggu 2 - Farhan

farhan... superb... best!

Friday, June 16, 2006

Imbas kembali saat bahagia ERRA YUSRY





sama cantik sama padan... bagai pinang di belah dua

Raja Sejari - manisnya saat itu



Badi angka 3?
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Selepas tiga tahun layari bahtera rumah tangga, Erra Fazira, Yusry akhirnya sah bercerai

APAKAH angka tiga membawa badi atau mungkin petunjuk awal, jangka hayat rumah tangga pasangan popular Erra Fazira dan Yusry Abdul Hamid mampu bertahan?



Rasa obses pasangan ini terhadap angka tiga bermula dengan tarikh pertunangan yang dipilih pasangan ini 3.3.3, wang hantaran sebanyak RM33,333, seramai 33 wakil keluarga pihak lelaki, tepat jam 3.30 petang ikatan pertunangan tersimpul dan yang terakhir emas putih bertatahkan tiga butir berlian disarungkan ke jari manis Erra Fazira.

Secara kebetulan pula umur mereka tatkala bercerai ialah 33 bagi Yusry dan Erra pula 32 tahun.

Mungkin keterlaluan membuat kesimpulan ini, bagaimanapun selepas dihitung, dicongak dan ditolak seolah-olah ada logiknya antara angka tiga dan lamanya rumah tangga mereka bertahan.

Tanggal 15 Jun lalu, genap tiga tahun usia perkahwinan Erra dan Yusry. Sehari selepas itu, Yusry mengesahkan lafaz cerai ke atas Erra di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Tarikh itu juga menjadi detik paling bermakna dalam hidup mereka kerana disatukan sebagai suami isteri selepas hampir dua tahun bergelar pasangan kekasih dan juga menjadi detik paling hitam dalam hidup.

Perceraian berkenaan menamatkan spekulasi dakwaan mereka sudah tidak tinggal sebumbung yang timbul sejak hujung tahun lalu. Yusry melafazkan cerai ke atas Erra Fazira pada 26 April lalu.

Kini tamat sudah kisah dongeng Cinderella. Hanya kenangan majlis gilang-gemilang perkahwinan mereka yang boleh disifatkan sebagai Wedding Of The Year tersimpan erat bukan saja di kalbu Erra dan Yusry malah seluruh rakyat Malaysia.

Kegembiraan penyatuan mereka sebagai pasangan suami isteri diraikan hampir seminggu. Selepas diijabkabulkan di Masjid At Takwa, Taman Tun Dr Ismail pada hari lahir Yusry ke-30, mereka tidak melupakan peminat apabila meraikan mereka di Taman Tasik Permaisuri, Cheras pada 21 Jun dengan tema Persandingan Dalam Taman’.

Ketika pernikahan dan persandingan berlangsung, hujan lebat bagaikan merahmati perkahwinan kedua mempelai itu. Semasa perceraian hujan lebat yang sama mengiringi pengesahan lafaz cerai itu. Air mata Erra Fazira yang tumpah saat mereka sah bergelar pasangan suami isteri sekali lagi berguguran sewaktu Yusry melafazkan perceraian.

Paparan rakaman ucapan khas daripada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mendoakan mereka kekal bahagia sehingga akhir hayat juga masih lagi berbekas. Bayangkan betapa besarnya hati apabila isteri pemimpin negara juga tidak ketinggalan memberi ucapan tahniah.

Penerbit Metrowealth Movie Production, David Teo yang merakamkan majlis persandingan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk filem Kuliah Cinta juga berharap perkahwinan paling bersejarah itu kekal hingga ke hujung nyawa dan menerbitkan filem dengan tajuk demikian.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan, pastinya peminat Erra dan Yusry yang sentiasa berdoa demi kebahagiaan mereka berdua sedih dengan cerita perceraian ini.

Nampaknya hasrat mereka untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian. Malam Napa yang menjadi adat tradisional masyarakat Bangkahulu bercorak permainan untuk suka-suka meraikan pengantin baru mungkin tinggal memori.

Pasangan pengantin perlu mencari cincin di dalam timbunan beras, sekiranya wanita menjumpai cincin berkenaan mereka akan dikurniakan bayi lelaki begitu juga sebaliknya. Pada majlis itu Erra terlebih dulu menjumpai cincin, namun impian untuk menimang cahaya mata musnah bersama perceraian hangat dalam kalendar dunia hiburan abad ini.

Kronologi Yusry dan Erra

*Perkenalan Erra dan Yusry mula berputik sejak 1998 apabila mereka menjalani sesi fotografi sebuah majalah hiburan popular.


*Walaupun tidak pernah berkawan, keberanian Yusry menghubungi Erra di telefon melahirkan persahabatan yang erat selama beberapa tahun.


*Sepanjang menjadi sahabat baik Yusry, Erra sudi berkongsi masalah termasuklah masalah Yusry dan teman wanitanya.


*Awal 2001, Yusry kerap menelefon. Ceritanya, ketika fotografi dengan Avon, dalam satu hari Yusry menelefon selang satu atau dua jam. Erra sendiri hairan dengan sikapnya.


*Selama dua bulan Yusry rajin menelefon hinggalah Yusry meluahkan rasa hati untuk berkawan lebih serius.


*Kemesraan mereka tidak dapat disorok lagi. Sekarang, di mana ada Erra Fazira, di situ juga ada Yusry Abdul Halim. Malah bahasa pertuturan dan gerak-geri mereka juga bukan sekadar kawan biasa tetapi lebih tepat dikatakan mereka sedang dilamun asmara.


*Pada 2002 Yusry pernah menyuarakan hasrat untuk bertunang dengan Erra iaitu pada 2 Februari 2002. Tetapi terpaksa menangguhkan dulu kerana masa terlalu suntuk dan mereka perlu lebih masa mengenali hati budi masing-masing.


*Yusry dan Erra terkilan apabila ada pihak yang menabur fitnah mengatakan mereka bernikah di Makkah (ketika menunaikan umrah). Apabila diselidik, rupanya ia gara-gara tulisan sebuah akhbar tabloid.


*Erra pernah berazam (untuk tahun 2003) dengan harapan impiannya membina keluarga bahagia dengan insan yang benar-benar jujur dan ikhlas menerimanya dan keluarga seadanya.


*Di New Zealand ketika penggambaran filem Mr Cinderella 2 seperti ada sikit perselisihan antara mereka, punca tidak begitu jelas tetapi yang pasti Erra-Yusry tidak bertegur sapa dan buat hal masing-masing.


*Segala kekusutan terurai apabila Erra-Yusry mengesahkan tarikh pertunangan sebaik menjejakkan kaki di Malaysia (27 Februari 2003). Tarikh 03.03.03 menjadi tarikh keramat tanda termeterai perjanjian ikatan pertunangan mereka.


*Lepas spekulasi tarikh pertunangan timbul pula desas-desus mengenai tarikh nikah dan bersanding. Yusry tegas menidakkan tarikh 20, 21, 22 Jun bukan tarikh nikah dan bersanding seperti yang tersebar luas di media.


*Tidak cukup dengan itu timbul pula cerita Erra-Yusry akan bersanding di setiap negeri. Padahal mereka hanya merancang persandingan di dua tempat saja.


*Segala persoalan terjawab, 15 Jun 2003 akhirnya dipilih sebagai tarikh nikah diikuti dua majlis persandingan iaitu di Taman Tasik Permaisuri (Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur) pada 21 Jun dan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehari selepas itu (22 Jun).


*Tanggal 7 Disember 2005 satu majlis minum petang bersama Erra dan Yusry diadakan khas di sebuah restoran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bagi menjawab desas desus keretakan rumah tangga pasangan itu. Isu keretakan perkahwinan itu dikatakan bermula apabila Yusry tinggal di rumah baru mereka berhampiran pejabat KRU Records di Keramat, manakala Erra menginap di kediaman sendiri di Damansara Kim, Petaling Jaya.


*Pada 26 April 2005, Yusry melafazkan cerai ke atas Erra Fazira di rumahnya di Damansara Kim.

( sumber: BHARIAN)

Erra n Yusry Sah bercerai

gambo2 saat bahagia n duka

arhh... sedih baca surat khabar hari ni. Erra Fazira n Yusry Abd Halim sah bercerai talak satu. Bergegar tiang arash bila mana perkara halal tapi paling dimurkai Allah terjadi iaitu perceraian... hmm... apa nak buat bukan jodoh. sedih lak aku. I don't know why I'm so sad about this. Maybe because I still pray for their happiness... kembali bersama apalagi mahligai perkahwinan tu bagi aku masih baru. Saat 3 tahun usia perkahwinan... ( Erra n Yusry dah tak duk sama dari tahun lepas..)... maksudnya just 2 years + duk bersama menjalankan tanggung jawab sebagai suami isteri... arh.... too sad la.. coz time tu mmg time nak mengenal hati budi masing2...

After pengesahan perceraian kat Mahkamah tu, dia org kata kat press still kawan... tapi boleh ker??? harap dibukakan pintu hati utk bersama... Entah kenapa , I'm too emosional about marriage yg cam gini... sbb maybe I'm also women, a wife and a mother... so kalau boleh nak perkara baik2 je berlaku dalam rumahtangga. Kalua org lain yg mmg anti Erra mahupun yusry bersuka ria dgn keruntuhan rumahtangga dia org, tapi tak aku malu nak nyatakan disini, aku menangis seorang depan pc... too bad n too sad endingnye. Erra sendiri menangis masa prosiding pengesahan perceraian. To me, mmg patut menangis sbb selepas ini suasana nya takkan seperti dulu... Still teman, tapi mesra pun tak boleh mengalahkan ikatan perkahwinan yg ada ijab kabul kerana dalam berhubungan wajib ada batasan2nya...

so, lastly, condolense to Erra Fazira ( Fazira Wan Chik) n Yusry KRU ( Yusry Abdul Halim). Semoga kehidupan selepas ini lebih membahagiakan... Dengan izin Allah, mana tau kembali terjalin sebuah ikatan suci bernama pernikahan. Amin.

Wednesday, June 14, 2006

WORLD CUP


4 years sekali... mmg penyakit demam bola ni datang la lagi. aku pun tak terkecuali... rasa rugi kalau miss. nasib baik kat US ni tak yah nak berjaga malam nak tgk WC sbb kat sini game semua sebelah siang. kalau kat msia, alamat aku kena berjaga kul 3 pagi la jawabnya nak tgk Brasil main...

pasukan pilihan aku brazil... suka sgt.

pemain yg aku minat.. tu dia... Ronaldhino... sgt rajin kejo bola... lincah abis. tak nampak penat lak tu... Bukannya aku minat Brazil ni baru tahun ni je, tapi sejak aku mengenal WC... ( tahun 1998 baru betul2 ikuti WC)... dulu kecik lagi, duk lak asrama, mana la ada peluang nak tgk TV. harap2 Brazil champion la tahun ni... Hari tu nye game vs Croatia, aku agak hampa sbb aku harap sgt Brazil score banyak, tapi at last 1 gol je. tapi tak pe, menang gak...

apapun, kat Msia, demam AF ngan WC, aku demam WC je. AF layan pun thru you tube. nak harap AF XTRA, hampeh... hanya boleh diaccess dalam Msia je...